DIARIES OWNER INSTAGRAM ASK.FM

Bangkit Dari Tidur


Bangkit dari tidur. Semua menyangka ianya adalah bangun dari tidur. Tetapi tidak sama sekali. Aku cuba untuk bangun daripada tidurku, tapi apakan daya aku tak boleh. Tak boleh untuk melupakan segala derita yang selama ini aku tempuh. Seorang diri. Tak ada seorang pun yang tahu bertapa seksanya penderitaan aku melainkan Allah S.W.T saja yang tahu. Cuba untuk berubah. Tak boleh. Cuba untuk tidak menyusahkan orang lain. Tak boleh. Aku tak mampu berdikari.... Setiap hari aku cuba pejamkan  mata dan cuba untuk lupakan segalanya tapi sama.. Tak boleh. Apa yang patut aku buat? Perlukah aku menceritakan penderitaan aku kepada orang lain? Bolehkah si dia menyimpan rahsiaku ini? Adakah si dia akan mengkhianati aku? Aku pening!!! Dengan siapa aku nak mengadu? Keluarga?Sahabat?Adik-beradik?Ataupun dengan menulis diari dalam buku? Aku tak tahu.. Hanya aku harap ada seseorang yang mampu mendengar dan menyimpan segala penderitaan aku ini....


"Don't be sad, Cause we have Allah S.W.T,We must believe that we have Him."

No comments: